Barisan Nasional Putuskan Untuk Tidak Letak Calon Di PRK Sandakan

Pada malam tarikh 22 April 2019, Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dalam status peribadi facebook page beliau, ini adalah kerana kerusi tersebut selama ini diwakili oleh rakan Barisan Nasional (BN) dalam parti politik tempatan Sabah.

Oleh yang demikian, Barisan Nasional (BN) telah memutuskan dan membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Barisan Nasional (BN) juga akan melihat terlebih dahulu tentang keperibadian dan siapa calon pembangkang yang akan diletakkan pada penamaan calon nanti sebelum memberi sokongan.

Barisan Nasional Putuskan Untuk Tidak Letak Calon Di PRK Sandakan

Sokongan yang diberikan oleh Barisan Nasional (BN) adalah untuk menentang DAP. Semangat kesatuan adalah diperlukan dalam parti pembangkang bagi menjayakan agenda semak dan imbang kerajaan pemerintah.

Dalam pada masa yang sama sewaktu Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) bermesyuarat, mereka juga turut mengecam perbuatan pengganas di Sri Lanka serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dalam serangan tersebut.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here