Azmin Ali Masuk Menghadap YDPA

Menteri ekonomi Malaysia iaitu Azmin Ali telah diterima masuk menghadap selepas mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Titah nasihat dan pedoman KDYMM SPB Tuanku akan patik junjung sentiasa”, dipetik dari tulisan status peribadi Azmin Ali di profile Twiter beliau pada tarikh 17 Jun 2019.

Tidak banyak maklumat yang dikeluarkan oleh Azmin Ali di status twitter beliau yang juga timbalan presiden PKR dan dengan tidak mendedahkan perkara dibincangkan ketika pertemuan.

Oleh kerana Menteri kanan itu sedang berdepan tuduhan skandal seks sejenis, pertemuan tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh rakyat yang sedang memerhati pergerakan Azmin Ali.


Tentang perihal video lucah sejenis tersebut, Azmin Ali telah menafikannya dan menyifatkan penyebaran video tersebut adalah sebagai komplot untuk menjatuhkannya dan mengancam mengambil tindakan undang-undang.

Azmin Ali Masuk Menghadap YDPA

Isu penyebaran video lucah itu kini sedang disiasat polis dan telah diadukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas dakwaan qazaf.

Dalam tweet lain selepas itu, Azmin turut menyentuh berkaitan lawatan khas Sultan Abdullah ke Emiriah Arab Bersatu (UEA) bagi meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi.


Azmin berkata kementeriannya akan membuat tindakan susulan susulan lawatan yang membuahkan hasil itu.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here