Anwar Ibrahim Kena Ugut RM400,000

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Anwar Ibrahim yang juga merangkap Ahli Parlimen Port Dickson telah menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat ugutan yang beliau terima.

Anwar Ibrahim telah menerima ugutan daripada seorang penulis dan ianya adalah berkenaan dengan sebuah manuskrip buku bertajuk Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM yang ditulis oleh Yahaya Ismail.

Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen Port Dickson turut mengesahkan bahawa beliau telah menerima ugutan dan di minta untuk membayar sejumlah wang sebanyak RM400,000 jika enggan buku itu di terbitkan dan di dedahkan kepada umum.

“Saya bagi polis habis siasat, sebab dia (penulis) ugut kalau tak bayar RM400,000, dia publis’ (terbitkan buku itu)”, kata Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas menghadiri majlis Jamuan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC) di Petaling Jaya bertarikh 19 Jun 2019.

Anwar Ibrahim Kena Ugut RM400,000

Anwar Ibrahim turut berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah iaitu Johari Abdul terhadap penulis berkenaan.

Penulis buku yang bertajuk Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM itu dipercayai telah di bayar dan di upah oleh pihak tertentu untuk menghasilkan buku itu demi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

“Orang yang jadi penulis picisan ini dibayar, diupah dan (sudah tiba) masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan yang wajar”, tambah Anwar Ibrahim.

Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis manuskrip buku tersebut kerana ia mengandungi fitnah dan tohmahan terhadap Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) katanya, beliau menerima manuskrip buku yang ditulis oleh Yahaya Ismail pada 10 Jun 2019 lepas dan berpendapat tindakan itu amat tidak wajar serta bertentangan dengan prinsip kebebasan memberi pandangan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here