4 Mei 2019 – RON97 Turun 1 Sen, Ayuh Puji Kerajaan

Akhirnya pada 4 Mei 2019, harga petrol RON97 akan turun sebanyak 1 sen mulai jam 12 tengah malam ini dan secara tidak langsung akan menjadikan harga baru bagi RM97 adalah RM2.80 seliter.

Kita sebagai rakyat yang sentiasa ingin disuap oleh kerajaan haruslah sujud syukur dan puji memuji Kerajaan Pakatan Harapan dengan zikir-zikir jampi serapah yang dahulunya begitu lantang dengan formula RM1.50 untuk 1 liter.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 dan diesel pula akan kekal. Tidak ada perubahan harga untuk dua bahan bakar tersebut sejak dari minggu yang lalu lagi dengan pada harga RM2.08 dan RM2.18 untuk satu liter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.50 seliter dan RM2.47 seliter masing-masing. Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat”, Kementerian Kewangan.

4 Mei 2019 - RON97 Turun 1 Sen, Ayuh Puji Kerajaan

Harga baru ini akan berkuat kuasa dari tarikh 4 Mei 2019 sehingga tarikh 10 Mei 2019. Kerajaan sebelum ini mengembalikan semula mekanisme apungan harga petrol dan diesel secara mingguan mulai 1 Jan 2019 lalu dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pada tarikh 27 Feb 2019, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa kabinet telah memutuskan untuk menurunkan harga siling bagi RON95 kepada RM2.08 seliter dari RM2.20 seliter manakala harga Diesel dihadkan pada RM2.18 seliter.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here