18 Ahli Parlimen Pas Dan 6 UMNO Tetap Sokong Tun Mahathir

Sokongan itu dinyatakan mereka susulan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan bertegas mahu Mahathir terus diberi mandat sehingga pilihan raya umum akan datang dan usaha memendekkan tempoh beliau dikira cubaan mewujudkan kerajaan “pintu belakang”.

“Saya nak menyatakan, kalau apa-apa berlaku, sebagai Ketua Whip PAS, 18 undi untuk Langkawi,” kata Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Sekiranya apa-apa berlaku berhubung tampuk pimpinan negara, semua 18 ahli Parlimen PAS dan enam dari Umno mahu Dr Mahathir Mohamad kekal memerintah negara.

Di lobi Parlimen, enam ahli Parlimen Umno iaitu Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Adham Baba (Tenggara), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abdul Muttalib (Maran), dan Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) senada menyatakan sokongan yang sama.

Mereka mahu Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri untuk memastikan fokus diberikan terutama dalam aspek kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Kami tidak mahu lihat ada masalah kerana peralihan (kuasa) dalam tempoh dua tahun ini. Ia satu perkara tidak masuk akal,” kata Shahar.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here