10 Sebab Kenapa Menolak Pelantikan Ratu Transgender Dalam CCM

Menurut kenyataan akhbar Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Lee Boon Chye pelantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia untuk penggal 2019/2021 adalah mengikut presedur.

Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia telah ditubuhkan atas keputusan jemaah menteri dalam tahun 2009 sejak pemerintahan kerajaan Barisan Nasional lagi untuk menangani penyakit AIDS/HIV melalui sumbangan Global Fund.

Fungsi utama Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia ini adalah untuk merangkumi permohonan peruntukan di bawah Global Fund, pemantauan serta memberi sokongan teknikal bagi pelaksanaan projek.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak dan main peranan sebagai koordinator dan ianya dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

10 Sebab Kenapa Menolak Pelantikan Ratu Transgender Dalam CCM

Sebagai asas keperluan Global Fund, anggota Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia terdiri daripada 25 orang ahli yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, NGO, ahli akademik dan wakil komuniti dari kumpulan sasar.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, wakil komuniti dari kumpulan sasar yang dimaksudkan disini termasuklah transgender.

10 Sebab Kenapa Menolak Pelantikan Ratu Transgender Dalam CCM

Jadi disini, kami telah kumpulkan alasan-alasan kukuh berdasarkan komen nitizen di media sosial berkenaan dengan sebab-sebab kenapa perlu menolak pelantikan ratu transgender dalam CCM.

1. Rania Zara Medina Jelas Adalah Nama Samaran

Adakah kini pelantikan atau mana-mana surat rasmi oleh kementerian dari pihak kerajaan boleh mengikut nama samaran? Benarkah nama Rania Zara Medinaitu adalah nama asalnya mengikut kad pengenalan yang telah berdaftar?

2. Tidak Perlu Iktiraf Transgender Sebagai Puan

Mengikut surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia berkenaan dengan pelantikan individu ini sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia, ia telah digelar sebagai Puan. Ini hukum alam, tahukah anda bahawa puan hanya digunakan untuk wanita sahaja?

3. Banyak Pilihan Lain Dari Kumpulan Sasar

Dalam kategori kumpulan sasar, ada banyak lagi pilihan lain yang boleh dipilih seperti bekas penagih dadah dan sebagainya yang tidak lagi melakukan aktiviti tersebut. Tidak jadi masalah sebenarnya memilih seorang bekas Transgender yang sudah insaf, bertaubat dan ingin berubah.

10 Sebab Kenapa Menolak Pelantikan Ratu Transgender Dalam CCM

4. Masih Transgender Tidak Sesuai

Golongan yang sedang terjerumus dalam rancah Transgender langsung tidak sesuai untuk memberi buah fikiran tentang cara atasi AIDS/HIV sedangkan mereka ini sedang bergelumang berhampiran dengan risikonya.

5. Kerajaan Seolah Mengiktiraf Transgender

Dari pandangan kasar rakyat jelata, kerajaan seolah-olah mengiktiraf kumpulan Transgender di Malaysia. Ianya tidak sesuai dengan lumrah hukum alam kerana golongan ini masih celaru tentang identiti mereka sendiri.

6. Perlukan Rawatan, Bukan Jawatan

Masalah kecelaruan identiti dan jantina yang dikatakan tersepit di dalam badan seorang jantina yang berlainan ini boleh dikatakan mereka ini punyai masalah mental. Sebenarnya, mereka ini perlukan rawatan dan bukannya jawatan.

7. Agama Rasmi Malaysia Adalah Islam

Hormati garis panduan yang telah ditetapkan dengan meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi buat negara Malaysia. Transgender tidak akan diiktiraf namun mereka tidak diketepikan untuk menerima rawatan jika ingin berubah.

8. Bahaya Untuk Generasi Akan Datang

Sifat keterbukaan kita rakyat Malaysia untuk menerima Transgender ini tidak boleh diberi ruang sama sekali kerana ia cukup bahaya untuk generasi kita yang akan datang. Lihatlah muka anak-anak kecil kita yang masih boleh dibentuk akidahnya.

9. Lelaki Berpakaian Wanita

Ianya cukup jelas langsung tidak bermoral. Rakyat semua tahu Rania Zara Medina adalah seorang lelaki yang berpenampakan seperti wanita. Ianya adalah contoh yang tidak baik untuk dipaparkan kepada masyarakat.

10. Islam Menolak Transgender

LGBT adalah jenayah dalam agama Islam. Malaysia yang merupakan negara Islam harus mengambil tindakan untuk membendung permasalahan gejala yang tidak bermoral ini daripada terus berleluasa terhadap generasi kita nanti.

10 Sebab Kenapa Menolak Pelantikan Ratu Transgender Dalam CCM

Perlu Pembaharuan Dalam Malaysia Baru

Apakah ini sebahagian daripada perjuangan untuk laungan Malaysia Baru yang dibangga-banggakan oleh kerajaan Pakatan Harapan? Ubahlah sekarang demi generasi rakyat Malaysia yang akan datang. Sesungguhnya, gejala individu tidak bermoral seperti ini tidak perlu diiktiraf dengan jawatan, tetapi mereka perlukan rawatan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi politaik.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here